JUS & PATI DELIMA
Pati & Jus Delima Az-Granata keluaran adalah ditanam secara organik di sebuah ladang buah delima berkeluasan 225 hektar di Agsu, Azerbaijan.
Azerbaijan bukan sahaja antara negara pengeluar buah delima terbesar malahan kualiti buah delima dari Azerbaijan merupakan antara yang terbaik di dunia. Iklim Azerbaijan yang subtropikal, dipengaruhi dengan musim panas dan musim sejuk yang sangat sejuk, kering serta keadaan tanah yang subur menjadikan buah delima adalah salah satu sumber ekonomi Azerbaijan. Apa yang mengkagumkan hampir semua spesis buah delima boleh ditemui di Azerbaijan.
Penghasilan Pati & Jus Delima Az-Granata bermula dari awal lagi iaitu pemilihan buah delima bagi tujuan pemetikan. Hanya buah delima yang segar dan terbaik akan dipetik bagi tujuan pemprosesan Pati & Jus Delima Az-Granata yang dilalukan di kilang pemprosesan di dalam ladang yang sama.
Pengekstrakan jus dengan menekan membran pneumatik diikuti oleh pemprosesan lembut membolehkan untuk mengekalkan semua vitamin dan rasa semulajadi buah delima Azerbaijan. Olive House bertanggungjawab bagi memastikan pemprosesan Pati & Jus Delima Az-Granata melalui proses piawaian dan kebersihan yang ketat. Pati & Jus Delima Az-Granata yang telah selesai diproses akan diambil secara rawak dan di uji di dalam makmal bagi pengawalan kualiti.
KANDUNGAN PATI & JUS DELIMA AZ-GRANATA
​
-
100% pati & jus delima tulen semulajadi
-
Tanpa sebarang perasa tambahan, gula, pewarna tiruan, bahan pengawet kimia
-
Menggunakan teknik pemprosesan secara terus iaitu teknologi perahan terkini yang mengekalkan kepekatan dan khasiat buah delima
-
Menggunakan teknologi ‘Pasteurization’ iaitu teknologi nyah-bakteria yang menjamin kandungan vitamin dan mikro elemen di Pati & Jus Delima Az-Granata dan boleh disimpan tanpa perlu sebarang bahan pengawet dan perasa tiruan
-
Menggunakan teknologi ‘Ultrafiltration’ yang mengekalkan kepekatan vitamin dan mikro elemen dalam Pati & Jus Delima Az-Granata
NUTRISI UTAMA YANG TERKANDUNG DI DALAM PATI & JUS DELIMA
AZ- GRANATA
Kajian dari pemakanan sains menunjukkan bahawa semua bahagian buah delima iaitu kulit, biji dan jus delima mempunyai banyak khasiat. Antara nutrisi utama yang terkandung di dalam Pati & Jus Delima Az-Granata adalah :
​
-
ELLAGITTANNIN
Sejenis antioksida yang hanya dijumpai di dalam buah delima. Ia membantu mengurangkan kolestrol, merendahkan tekanan darah dan mencegah atherosclerosis (pengumpulan lemak dalam arteri).
Ellagitannin di dalam jus delima berfungsi menghalang , iaitu enzim utama yang digunakan untuk membuat estrogen dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan kanser payudara.
​
-
TANNIN ACID
Antioksida yang terkandung dalam buah delima yang banyak memberi manfaat seperti mencegah strok, serangan jantung, antri kanser dan menyokong system imunisasi badan.
​
-
ANTHOCYANIN
Antioksida yang melindungi tisu-tisu dari kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas dan membantu mengurangkan inflamasi
​
-
PUNICALAGIN
Kandungan antioksidan punicalagin yang tinggi di dalam jus delima dapat merendahkan kadar kolesterol. Ianya bertindak sebagai penghalang dan melambatkan pembentukan kolesterol di dalam arteri mereka yang membawa risiko terjadinya penyakit jantung. Ia juga dapat menurunkan kadar LDL (kolesterol jahat) serta meningkatkan HDL (kolesterol baik) di dalam badan.
Punicalagin juga dapat melambatkan penyakit Alzeimer dengan mengurangkan inflamasi pada sel otak. Ia mengurangkan keradangan pada sel-sel otak tertentu yang dipanggil “microglia”. Keradangan pada sel ini membawa kepada kemusnahan sel-sel otak lain yang memburukkan lagi simptom Alzheimer.
Punicalagin juga bertindak sebagai penahan selera makan dan menyebabkan rasa kenyang. Hasilnya, mereka yang minum jus delima akan makan dalam kuantiti yang sedikit dan mengurangkan berat badan.
​
-
VITAMIN E DAN C
Pati & Jus Delima Az-Granata mengandungi vitamin E yang memberi perlindungan semulajadi terhadap sinaran matahari. Ia meneutralkan radikal bebas yang berbahaya, menggalakkan penyembuhan luka dan mengawal keradangan.
Vitamin C yang tinggi di dalam jus delima dapat menyuburkan kulit dan mengurangkan kedutan pada kulit. Ia membantu penghasilan kolagen dan protein yang penting untuk kulit yang sihat dan awet muda.
CADANGAN PENGAMBILAN PATI & JUS DELIMA AZ-GRANATA
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
-
Boleh diambil pada bila-bila masa dan dijadikan sebagai jus harian yang dapat memberi pelbagai manfaat dan meningkatkan kesihatan.
-
Boleh diambil 30-60ml setiap hari sebelum tidur dan pada waktu pagi semasa perut kosong.
-
Kajian juga menunjukkan jus delima boleh bertindak balas dengan sesetengah ubat-ubatan. Bagi pesakit yang mengambil ubatan hospital, hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengamalkan jus delima di dalam diet seharian



