SEJARAH PENUBUHAN
from a dream to reality...
SEJAK
2014


Kami adalah sebuah entiti perniagaan di bawah naungan OLIVE HOUSE MARKETING SDN BHD (1077520-K) yang membuka cawangannya di negeri Pahang Darul Makmur.
​
OLIVE HOUSE PAHANG telah memulakan operasi pada bulan Disember tahun 2014 dengan membuka sebuah premis yang terletak di
perkarangan Masjid Sayyidina Umar Al-Khattab, Cenderawasih Kuantan Pahang.
........................................................................................................................
​
OLIVE HOUSE merupakan sebuah perniagaan yang berkonsepkan peruncitan bagi produk-produk yang organik dan semulajadi.
​
Berpegang teguh dengan motto ‘We Begin With Nature’ , produk yang dikeluarkan oleh OLIVE HOUSE adalah produk organik dari tumbuh-tumbuhan semulajadi yang berasaskan ‘Quranic Food’ seperti buah zaitun, buah delima, buah tin dan kurma.
Produk OLIVE HOUSE dihasilkan di tempat asal produk organik tersebut dengan melalui piawaian yang terperinci bagi memastikan kesegaran dan khasiat produk di tahap maksimum
Untuk makluman, tanggungjawab utama kami adalah memupuk kesedaran, memberikan pengetahuan dan mengajak seramai mungkin masyarakat agar menjadi pengamal makanan yang organik serta semulajadi selain juga turut disebut sebagai "Quranic Food" melalu kaedah yang sebenar serta menjadi suatu amalan harian.
Selain itu, kami akan turut membantu menyelesaikan masalah kesihatan
anda dengan mencadangkan produk-produk Quranic Food yang merupakan
makanan harian Nabi kita, Nabi Muhammad SAW.
​
​
PENGENALAN PENGURUS EJEN NEGERI PAHANG
​
Segalanya bermula apabila Pengurus Ejen Pahang, En. Jaffar bin Abdul Ghani menghadiri Seminar Latihan & Pemantapan Pengurus Ejen pada 14 September 2014 yang bertempat di Hotel Regency Gunung Jerai, Kedah Darul Aman.
Secara rasminya beliau telah dilantik menjadi Pengurus Ejen bagi negeri Pahang Darul Makmur selepas pertemuan tersebut.
​
Olive House Pahang kini banyak berperanan dalam mencari ejen-ejen Olive House
di seluruh negeri Pahang. Pelbagai program latihan serta bimbingan diberikan
agar ejen-ejen Olive House mampu menjadi usahawan yang berdaya saing
serta mampu menjana pendapatan di samping mengajak
masyarakat setempat agar beramal dengan pemakanan yang sihat dan baik.
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
PROFIL PENGURUS EJEN
​
NAMA : JAFFAR B ABD.GHANI
​
TARIKH LAHIR : 15 JULAI 1954
​
TEMPAT LAHIR : GALING BESAR, KUANTAN PAHANG
​
PENDIDIKAN : ARMED FORCES APPRENTICE TRAD SCHOOL (AFATS), PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN
PENGALAMAN : 35 TAHUN DALAM DUNIA PERNIAGAAN



