SARI CUKA TEEN
Sari Cuka Teen adalah dihasilkan secara organik di sebuah ladang buah teen di Izmir, Turki. Buah teen segar yang dipetik dari ladang diperah, dihancurkan selama 12 jam dan dibiarkan matang di dalam tong kayu bagi tujuan peragian semulajadi. Ia akan disimpan dalam jangkamasa 6 bulan hingga dua tahun dan sampel akan di uji di dalam makmal dari semasa ke semasa untuk memastikan kualiti cuka yang terbaik.
Apabila ia menjadi matang, jaringan zat yang memerangkap khasiat buah teen akan terhasil yang dikenali sebagai ‘Mother’. Ia boleh dilihat secara fizikal berupa cecair mendapan berwarna coklat keruh dan semakin jelas kelihatan apabila cuka terdedah dengan cahaya. Penapisan yang berlebihan dan pemanasan bagi tujuan pempasturan akan mengakibatkan khasiat di dalam ‘Mother’ akan hilang. Adalah menjadi tanggungjawab Olive House bagi memastikan Sari Cuka Buah Teen keluaran Olive House mengandungi ‘Mother’ yang sarat dengan nutrisi untuk kesihatan tubuh badan.
RASA MASAM CUKA : ADAKAH BERBAHAYA KEPADA TUBUH BADAN?
Cuka telah digunakan beratus tahun lama dahulu untuk tujuan perubatan dan juga pemakanan.
Proses peragian atau penjerukan membentuk asid asetik secara semulajadi. Asid asetik adalah komponen kimia yang memberikan rasa masam dan bau yang pedas kepada cuka.
Walaupun cuka bersifat asid, apabila ia diminum, cuka akan memberi kesan alkali kepada tubuh badan. Makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut. Tubuh badan manusia memerlukan sedikit kealkalian bagi memberi keseimbangan terhadap kesihatan.
Oleh itu, cuka tidak akan memberikan kesan buruk terhadap perut malahan berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali. Ia bertindak terhadap beberapa jenis toksin di dalam badan dan menukarkan kepada bahan kurang bertoksik.
​
NUTRISI UTAMA YANG TERKANDUNG DI DALAM SARI CUKA TEEN
Buah Teen sememangnya mengandungi khasiat seperti potassium yang kalsium dan mineral lain seperti Vitamin A dan K. ‘Mother’ di dalam Sari Cuka Teen akan memerangkap kesemua khasiat dan nutrisi buah teen untuk manfaat kesihatan tubuh badan.
a) POTASSIUM
​
Sari Cuka Teen adalah kaya dengan potassium yang menjadi sumber utama dalam mengawal sistem saraf dan menjadi pencetus kepada pengecutan otot. Kandungan potassium yang tinggi juga membantu mengurangkan risiko strok, osteoporosis dan pengurangan risiko pembentukan kalsium yang mengandungi batu karang.Ia juga membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.
b) KALSIUM
​
Sari Cuka Teen mengandungi kalsium yang amat penting bagi pembentukan tulang yang sihat dan juga mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.
c) KANDUNGAN ASID ASETIK YANG TINGGI
​
Asid asetik yang terkandung di dalam Sari Cuka Teen membantu tubuh badan untuk meningkatkan penyerapan mineral yang terdapat di dalam makanan yang dimakan pada setiap hari. Justeru itu, memasukkan Sari Cuka Teendi dalam makanan atau minum segelas air yang dicampur satu sudu Sari Cuka Teenselepas makan adalah amalan yang baik untuk meningkatkan keupayaan tubuh badan dalam menyerap mineral penting yang tersimpan di dalam makanan
-
MEMBANTU MENGAWAL DIABETES
Asid asetik di dalam cuka juga dapat mengawal paras gula dalam darah dengan mengelakkan pencernaan karbohidrat yang kompleks yang akan terjadi perut kosong akibat daripada gastrik atau peningkatan pengambilan glukosa dalam tisu tubuh badan.
Cuka juga membantutkan beberapa enzim pencernaan yang memecahkan karbohidrat dari makanan ke gula, sekali gus melambatkan penyerapan gula dari makanan ke dalam aliran darah. Dengan memperlahankan penyerapan gula, ia memberi insulin badan bertahan lebih masa untuk menarik gula keluar daripada darah dan dengan itu membantu mencegah paras gula darah dari meningkat.Jadi salah satu matlamat utama dalam rawatan diabetes adalah menormalkan tahap gula dalam darah dan mengekalkan ia dalam julat yang sihat sebaik mungkin.
​
-
MENGELAKKAN GASTRIK DAN PEDIH ULU HATI
Asid asetik di dalam Sari Cuka Teen juga boleh menurunkan dan mengawal keasidan dalam perut yang sering mengakibatkan gastrik dan sakit pedih hulu hati.
-
PENURUNAN BERAT BADAN
Asid asetik di dalam juga merupakan komponen yang bertanggungjawab yang mengaktifkan gen yang menyebabkan tubuh badan menyimpan lemak bukan di tempat utama seperti di bahagian perut tetapi secara sekata di seluruh tubuh badan. Asis asetik juga mengaktifkan thermogenesis, suatu proses dimana tubuh badan akan membakar lemak untuk menghasilkan haba. Peningkatan pembakaran thermogenesis akan membakar lebih banyak kalori dan menurunkan lebih banyak berat badan akibat daripada pembakaran lemak.
CADANGAN PEMAKANAN SARI CUKA TEEN
Sari Cuka Teen tidak boleh diambil begitu sahaja kerana ia mengandungi kandungan asid yang tinggi yang boleh merosakkan gigi dan tisu sensitif di dalam mulut dan tekak.
Campurkan dua sudu Sari Cuka Teen ke dalam air kosong. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum Sari Cuka Teen dua kali sehari
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​
​





